SEJARAH SKPETALING (1)
Sejarah Sekolah Kebangsaan
Petaling 1 ini berhubung rapat dengan sejarah Kampung Petaling yang berada di
antara Kuala Lumpur dan Kelang.Tempat perhentian sepanjang Sungai Kelang iaitu
Batu Tiga lebih dikenali sebagai Damansara pada masa kini adalah antara kawasan
terawal yang telah dibuka sebagai
kampung sebelum Kampung Petaling. Apabila penduduk kampung di kawasan Batu Tiga
bertambah ramai, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah Melayu di sana
pada tahun 1908.Pada masa itu kanak dari Kampung Petaling terpaksa ke Batu Tiga
dengan meniki kereta api untuk bersekolah.
Namun,apabila penduduk
Kampung Petaling bertambah ramai, mereka telah meminta Pejabat Pelajaran Selangor supaya membina sekolah Melayu di
Petaling.Tidak lama selepas itu, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah
di Petaling ini dengan menyewa sebuah rumah daripada Tuan Haji Baharudin yang
berdekatan dnegan Perhentian Kereta Api
Petaling.
Selepas dua bulan beroperasinya
sekolah ini, murid-murid telah bertambah kepada 56 orang.Pada akhir tahun 1914
jumlah murid telah meningkat kepada 58 orang.Antara 58 oreang murid pada tahun
pertama itu,didapati 15 orng murid dapat menamatkan persekolahan Darjah 5,iaitu
darjah tertinggi dalam Sekolah Melayu sebelum Perang dunia yang ke-2.
Oleh
kerana bangunan sekolah itu bangunan yang tetap yang bertempat di Lot No.811 pada tahun 1916.Tapak bangunan
ini letaknya di simpang tiga jalan iaitu Kuala Lumpur, Kelang dan Jalan Stesen
Petaling bersetentang denagan Pejabat Pos
Petaling.
Bilangan
murid telah bertambah dari semasa ke semasa.Pada tahun 1926,bangunan yang sedia
telah di tambah 50 kaki lagi menjadikan bentuk bangunannya seperti huruf “L”
Selepas
Perang Dunia yang ke-2,jumlah murid–muridnya telah berlipat kali ganda ramainya.Bangunan-bangunan
yang sempit terpaksa di tambah lagi untuk menampung jumlah murid yang semakin
ramai.

PERUBAHAN LENCANA SEKOLAH
0 ulasan:
Catat Ulasan