Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

LAPORAN PERKHEMAHAN SKPETALING (1)



(LAPORAN PERKHEMAHAN SKPETALING (1) DI SUNGAI CONGKAK)

6 NOVEMBER,2012

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform kali kedua ini telah berlangsung dengan jayanya pada 2 hingga 3 November 2012 bertempat di Kem Wirajaya Sungai Congkak. Seramai 27 orang pelajar telah menyertai perkhemahan tersebut. Biarpun perkhemahan kali ini diiringi dengan hujan lebat sepanjang hari, namun aktiviti tetap dijalankan sebagaimana yang dirancang. Antaranya ialah tali-temali, gajet, ikhtiar hidup, orienteering dan persembahan malam kebudayaan.

Melalui aktiviti perkhemahan yang dijalankan, pelajar dapat melatih diri untuk jangkamasa panjang. Pelajar juga mendapat pengetahuan dalam pelbagai bidang mengenai psikomotor, kognitif dan afektif terhadap alam sekitar dalam pendidikan.

Unit Kokurikulum SKPETALING (1) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Terima kasih juga kepada pihak Koperasi yang telah menyumbangkan satu unit dapur gas.

DILAPORKAN OLEH: 

(ZULAIKHA BT AMAZUL)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan